Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Penggambaran THE WITCHER Ditanggukan Sekali Lagi Selepas 4 Krew Diuji Positif COVID-19

Netflix telah menghentikan produksi musim kedua The Witcher berikutkan empat kes COVID-19, lapor Variety.

Empat krew penggambaran telah diuji positif COVID-19 pada hari Sabtu. Sebagai langkah kawalan, Netflix akan menjalankan satu ujian dan pengasingan untuk semua orang yang terlibat dalam produksi rancangan itu. Mereka yang positif bukan dari pelakon utama, dan kini telah diasingkan. 

Musim kedua The Witcher sedang menjalani penggambaran di Arborfield Studios, yang terletak di sebelah barat London, England. Netflix akan menyambung semula penggambaran setelah mereka memutuskan bahawa ia selamat untuk meneruskan kembali aktiviti. 

Produksi The Witcher pernah dihentikan pada Mac yang lalu selepas pelakon Kristofer Hivju, yang memainkan peranan Nivellen, diuji positif COVID-19. 

Musim terbaru The Witcher akan menampilkan bintang Game of Thrones, Kristofer Hivju sebagai Nivellen dan pelakon Killing Eve, Kim Bodnia sebagai Vesemir. Enam pelakon lain turut dipilih untuk membintangi musim kedua, termasuklah Paul Bullion (Peaky Blinders) sebagai Lambert, Yasen Atour (Young Wallender) sebagai Coën, Anges Bjorn sebagai Vereena, Basil Eidenbenz (Fast and Furious 9) sebagai Eskel, Aisha Fabienne Ross (The Danish Girl) sebagai Lydia dan mecia Simson sebagai Francesca.

Berdasarkan dari siri fantasi popular, The Witcher adalah kisah epik dan kekeluargaan. Geralt of Rivia, merupakan pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa. Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri ini dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt dari Rivia, Freya Allan sebagai Puteri Ciri, Anya Chalotra sebagai Yennefer dari Vengerberg, MyAnna Buring sebagai Tissaia, dan Joey Batey sebagai Jaskier. Musim 2 juga akan menampilkan kepulangan Tom Canton sebagai Filavandrel, Lilly Cooper sebagai Murta, Jeremy Crawford sebagai Yarpin Zigrin, Eamon Farren sebagai Cahir, Mahesh Jadu sebagai Vilgefortz, Terence Maynard sebagai Artorius, Lars Mikkelson sebagai Stregobor, Mimi Ndiweni sebagai Fringilla Vigo, Royce Pierrseson sebagai Istredd, Wilson Radjou-Pujalte sebagai Dara, Anna Shaffer sebagai Triss Merigold, dan Therica Wilson Baca sebagai Sabrina.

Related posts

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee

Trailer ‘The Witcher: Blood Origin’ Meneroka Sejarah Continent Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kakimuvee

Trailer Crime Scene: The Times Square Killer Soroti Siri Jenayah Terbaru Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment