Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran The Suicide Squad Dilaporkan Akan Bermula September Ini


Filem The Suicide Squad arahan James Gunn dilaporkan bakal memulakan produksi mereka pada 23 September ini bertempat di Atlanta, Amerika Syarikat. Menurut laporan dari laman Screenrant.compenggambaran filem tersebut turut dijangka akan selesai pada 31 Januari 2020 jika filem tersebut memulakan penggambaran lebih awal.

The Suicide Squad merupakan sebuah filem ‘soft reboot’ dan menyaksikan hanya beberapa pelakon asal kembali membintangi filem arahan James Gunn itu. Antaranya Jai Courtney dan Viola Davis yang akan membawakan watak masing-masing iaitu Captain Boomerang dan Amanda Waller manakala Margot Robbie dilaporkan mungkin akan kembali membawakan wataknya, Harley Quinn.

Bekas pelakon trilogi Thor, Idris Elba akan turut membintangi filem ini, bagaimanapun wataknya masih lagi tidak diketahui.

Antara pelakon lain yang turut menyertai barisan pelakon adalah David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man, Daniela Melchior Ratcatcher dan bintang WWE, John Cena.

The Suicide Squad akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee