Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran “The Batman” Dijangka Selesai Mengikut Jadual

Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan sekatan akibat pandemik, filem arahan Matt Reeves, The Batman dijangka dapat menyelesaikan penggambarannya mengikut jadual.

Media Britain Screen Daily melaporkan bahawa The Batman dijangka mampu menyelesaikan penggambaran pada Mac ini, seperti yang dirancang pihak produksi. 

Laman itu turut mendedahkan bahawa filem The Flash arahan Andy Muschietti akan memulakan penggambaran sebaik sahaja pelakon utamanya, Ezra Miller selesai menjalani penggambaran Fantastic Beasts. 

Penggambaran The Flash kini dijadualkan bermula pada 26 April di Warner Bros Studios Leavesden, England. 

The Batman akan menceritakan tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membuka sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan.  

The Flash akan diinsprasikan dari komik Flashpoint ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. Plot Flashpoint telah diangkat dalam bentuk animasi berjudul Justice League: The Flashpoint Paradox pada tahun 2013, dan siri televisyen Arrowverse pada musim ketiga.

Related posts

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman