Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Penggambaran STRANGER THINGS Musim Ke-4 Akan Bersambung September Ini

Selepas tertangguh selama tiga bulan akibat pandemik COVID-19 yang sedang melanda Amerika Syarikat, syarikat perkhidmatan streaming, Netflix merancang untuk menyambung semula penggambaran siri Stranger Things musim keempat pada 17 September ini, di Georgia, Altanta.

Bagaimanapun, pihak produksi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah diumumkan Gabenor Georgia, Brian Kemp pada bulan lalu.

Selain Stranger Things, Georgia turut menjadi tempat penggambaran filem aksi komedi, Red Notice dan siri Marvel Disney+, The Falcon and the Winter Soldier dan Loki. 

Stranger Things dicipta oleh Matt dan Sean Duffer, dimana mereka berdua turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah, bersama-sama Shawn Levy, Dan Cohen dan Ian Patterson.

Siri akan datang dibintangi Winona Ryder sebagai Joyce Byers, David Harbour sebagai Ketua Jim Hopper, Finn Wolfhard sebagai Mike Wheeler, Noah Schnapp sebagai Will Byers, Millie Bobby Brown sebagai Eleven, Caleb McLaughlin sebagai Lucas Sinclair, Gaten Matarazzo sebagai Dustin Henderson, Cara Buono sebagai Karen Wheeler, Natalia Dyer sebagai Nancy Wheeler, Charlie Heaton sebagai Jonathan Byers, Joe Keery sebagai Steve Harrington, Sadie Sink sebagai Max, Maya Thurman-Hawke sebagai Robin, Brett Gelman sebagai Murray Bauman dan Priah Ferguson sebagai Erica Sinclair.

Bagi yang belum menonton siri ini, anda boleh menyaksikan musim pertama hingga ketiga di Netflix.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment