Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Penggambaran Siri Star Wars Disney+, “Cassian Andor” Mungkin Bermula Jun 2020

Siri Cassian Andor dilaporkan bakal memasuki fasa produksi tidak lama lagi. Menurut laporan dari Discussing Film, siri prekuel Rogue One: A Star Wars Story itu dijangka akan memulakan penggambaran pada Jun 2020. Laporan turut menyebut, penggambaran mungkin bertempat dibeberapa lokasi di Eropah.

Cassian Andor yang akan dibintangi Diego Luna itu merupakan salah satu rancangan bersiri Star Wars untuk platform penstriman video Disney+. Tony Gilroy yang terlibat dalam penggambaran semula Rogue One dilaporkan akan menulis kembali episod pilot, dan akan mengarah beberapa episod. Stephen Schaffer akan bertindak selaku ‘showrunner’.

Siri terbaru Star Wars ini akan berkisarkan karakter lakonan Luna, Cassian Andor yang juga merupakan watak utama dalam filem Rogue One. Ia digambarkan sebagai sebuah siri ‘spy thriller’ dan bakal menampilkan beberapa babak flashback yang mengimbau zaman kanak-kanak Cassian.

Disccussing Film turut mendedahkan, berkemungkinan pihak studio akan mencari pelakon untuk watak kanak-kanak Cassian serta adik perempuannya. Selain itu juga, pelakon Alan Tudyk dilaporkan bakal kembali membawakan peranannya sebagai K-2SO.

Setakat ini pihak Disney dan Lucasfilm belum mengesahkan laporan dari Disccussing Film. Jadi peminat perlu menantikan pengumuman rasmi dari kedua-dua studio terbabit.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment