Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Siri Aksi Langsung Netflix “Avatar: The Last Airbender” Telah Selesai

Menurut Collider, penggambaran siri aksi-langsung Netflix yang akan datang, Avatar: The Last Airbender, akhirnya telah selesai selepas lebih 7 bulan menjalani penggambaran di Vancouver, Kanada.

Drama frantasi aksi yang akan datang itu bagaimanapun belum ditetapkan tarikh tayangannya. 


Sempena meraikan tamatnya penggambaran, bintang terkenal Gordon Cormier berkesempatan mengambil gambar belakang tabir kongsikannya kepada peminat menerusi akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut menampikan barisan pelakon yang terdiri daripada Cormier, Dallas Liu, Kiawentiio Tarbell, dan Ian Ousley.

Berdasarkan siri animasi kegemaran Nickelodeon, Avatar: The Last Airbender akan dibintangi pelakon Filipina-Kanada Gordon Cormier (The Stand) sebagai Aang, Kiawentiio (Anne with an E) sebagai Katara, Ian Ousley (Physical) sebagai Sokka, dan Dallas Liu (PEN15 ) sebagai Zuko. Menyertai mereka ialah Daniel Dae Kim sebagai Lord Fire Ozai, Paul Sun-Hyung Lee sebagai Uncle Iroh, Lim Kay Siu sebagai Gyatso, dan Ken Leung sebagai Komander Zhao.

Pelakon tambahan termasuk Elizabeth Yu (All My Love) sebagai Puteri Azula, Maria Zhang sebagai pahlawan Kyoshi Suki, C.S. Lee sebagai Avatar Roku, Amber Midthunder sebagai Puteri Yue, A Martinez sebagai Pakku, Yvonne Chapman (Kung Fu) sebagai Avatar Kyoshi, Tamlyn Tomita (Cobra Kai) sebagai Yukari, dan Casey Camp-Horinek (Reservation Dogs) sebagai Gran Gran.

Siri aksi-langsung ini diarahkan oleh Albert Kim (Sleepy Hollow) dan turut berkhidmat sebagai showrunner, penulis dan penerbit eksekutif. 

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment