
Penggambaran filem Netflix Red Notice telahpun selesai!.
Pekara tersebut didedahkan dua bintang blockbuster, Ryan Reynolds dan Gal Gadot yang memuatnaik gambar set penggambaran di laman Instagram masing-masing. Kedua-dua mereka mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon dan krew kerana menjayakan penggambaran filem Red Notice. Anda boleh saksikan gambar dibawah.
https://www.instagram.com/p/CG-T-RAhpYF/?igshid=m3eoh9evktm2
https://www.instagram.com/p/CG-V15oht2q/?igshid=uu0l4r0c0uls
Digambarkan sebagai filem aksi thriller komedi, Red Notice menyaksikan Dwayne Johnson memainkan peranan sebagai Ejen Interpool yang ditugaskan untuk menangkap pencuri karya seni (lakonan Gal Gadot) yang paling dikehendaki didunia, manakala karakter Reynolds digambarkan sebagai penyamar terhebat dunia.
Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber, pengarah telah bekerjasama dengan Johnson dalam filem Central Intelligence dan Skycraper. Netflix telah berjaya membida hak penyiaran filem ini pada tahun lepas, selepas Universal Pictures menarik diri dari proses bidaan.
Red Notice akan ditayangkan di platform streaming Netflix tahun hadapan.