Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran “Mission: Impossible 7” Sudah Selesai, Bersedia Untuk Temui Penonton Pada Tahun Hadapan


Selepas ditunda beberapa kali, akhirnya penggambaran Mission: Impossible 7 berakhir seara rasmi.

Berita itu hadir selepas peminat melihat gambar dari Instagram gaffer yang berpengkalan di UK, Martin Smith, yang menunjukkan penggambaran untuk filem itu sudah selesai. Dalam foto tersebut, beberapa individu dilihat memegang slate yang besar dengan tulisan “Mission Complete!”, bersama dengan tentaif tajuk dan logo untuk Mission: Impossible 7.

Baru-baru ini, Paramount Pictures telah menunda tarikh tayangan Mission: Impossible 7, ddari 27 Mei 2022 ke 30 September 2022. 

Tom Cruise kembali sebagai Ethan Hunt dalam filem akan datang, dan dia disertai Hayley Atwell, Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw) dan Henry Czerny (Ready or Not), berserta pendatang baru, Shea Whigham (Joker), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy 2, Avengers: Infinity War) dan Esai Morales (La Bamba, Titans) yang menggantikan tempat Nicholas Hoult (Mad Max: Fury Road) untuk peranan penjahat utama. 

Francais filem aksi ini sudah berusia 25 tahun dan mengandungi enam filem, bermula dengan kejayaan box office dua filem terawal. Setiap filem telah mendapat pujian para pengkritik dengan filem terbaru, “Fallout”, memperolehi rating paling tinggi di Rotten Tomatoes iaitu 97 peratus. 


Mission: Impossible 7 akan ditayangkan pada 30 September 2022, manakala Mission: Impossible 8 pada 7 Julai 2023.


Related posts

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

Selepas Dead Reckoning 1 & 2, Akan Ada Mission: Impossible 9 & Seterusnya

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee