Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran MISSION: IMPOSSIBLE 7 Ditangguh Akibat Coronavirus

Deadline melaporkan bahawa penggambaran filem terbaru Paramount Pictures, Mission: Impossible 7 di Venice, Itali telah dihentikan sementara waktu. Penangguhan dibuat selepas pihak kerajaan tempatan “menghentikan semua perhimpunan awam” disebabkan jumlah kes koronavirus di Itali yang semakin meningkat kepada 219 kes yang dilaporkan.

Penggambaran di Venice telah berlangsung selama tiga minggu sebelum pindah ke lokasi lain. Menurut sumber,  pihak produksi kini sedang mempertimbangkan untuk menukar lokasi penggambaran, atau pulang ke negara masing-masing sehingga situasi menjadi terkawal.

“Out of an abundance of caution for the safety and well-being of our cast and crew, and efforts of the local Venetian government to halt public gatherings in response to the threat of coronavirus, we are altering the production plan for our three-week shoot in Venice, the scheduled first leg of an extensive production for Mission: Impossible 7. During this hiatus, we want to be mindful of the concerns of the crew and are allowing them to return home until production starts. We will continue to monitor this situation, and work alongside health and government officials as it evolves.”

Mission: Impossible 7 dibintangi pelakon sepertii Tom Cruise, Hayley Atwell, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames dan Henry Czerny. Mereka turut disertai beberapa pendatang baru yang terdiri daripada Shea Whigham, dan Pom Klementieff.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  23 Julai 2021 dan 5 Ogos 2022.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment