Penggambaran Mat Kilau Terhenti Kerana Masalah Dalaman

0
90
views

Penggambaran filem berprofile tinggi Mat Kilau terpaksa dihentikan walaupun proses penggambaran sudah mencecah 70% siap. Menurut pengarahnya, masalah dalaman menjadi punca penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun Syamsul enggan mengulas lanjut dan tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

"Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Saya terpaksa membuat keputusan menghentikan penggambaran sehingga masalah dalaman selesai. Tekanannya membabitkan cuaca dan kerenah yang tidak dapat disebutkan. Saya berdepan dengan dugaan berat ketika menghasilkan filem ini.

"Saya bekerja dengan pasukan yang profesional, tetapi perjalanannya tetap sukar. Mungkin sebelum ini kita boleh rumuskan pasukan yang menghasilkan filem "Mat Kilau" kurang pengalaman, tetapi 'team' saya yang banyak pengalaman juga masih berdepan masalah," 

Dia bersyukur kerana penerbit filem Rahman dan Shahruddin Dali memahami situasi yang dihadapinya ketika ini.

Syamsul bagaimanapun berkata penggambaran filem epik itu akan tetap diteruskan pada bulan Oktober.

Dalam pada itu, Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM 23) ini menjelaskan dia tidak mahu ambil mudah dalam pembikinan filem tersebut dan dia mahukan semuanya sempurna termasuklah pakaian, lokasi dan pelakon tambahan.

Filem terbitan Studio Kembara dengan kerjasama Skop Productions ini dijangka akan menelan belanja lebih RM5 juta.

Terdahulu, Syamsul menyahut cabaran untuk mengarah naskhah berkenaan selepas beberapa syarikat produksi dan pengarah lain gagal menyiapkan penggambaran filem ini.

Mat Kilau adalah sebuah naskhah epik sejarah yang menceritakan mengenai perjuangan pahlawan Melayu ulung berasal dari Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Ianya dibintangi oleh beberapa barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As'ari. Fattah Amin, A Galak, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa dan pelakon aksi terkenal Indonesia, Yayan Ruhian.

Sementara itu, Syamsul bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul Munafik 2 yang bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 30 Ogos depan.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here