Selepas beberapa bulan terhenti akibat pandemik COVID-19, penggambaran dua siri Disney+, Loki dan The Falcon and the Winter Soldier akan bersambung semula. Pekara tersebut didedahkan oleh seorang pengguna media sosial Twitter.
We were all excited by recent news Paul Bettany had to cancel a July comiccon due to WandaVision filming. I've just learned that #Loki and #FalconAndtheWinterSoldier are also expected to continue filming in July. This is a new source for me & I must keep it anon but I believe it! pic.twitter.com/nayj453ZaI
— Liz (@MsLizzieHill) June 5, 2020
Advertising
The Falcon and the Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.
Manakala barisan pelakon Loki terdiri daripada Tom Hiddleston yang meneruskan wataknya sebagai Loki serta Sophie Di Martino, Owen Wilson, Richard E. Grant dan Gugu Mbatha-Raw.
The Falcon and the Winter Soldier akan menemui penonton di Disney+ pada Ogos tahun ini manakala Loki pada tahun hadapan.