Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran “John Wick: Chapter 4” Telah Bermula, Foto Teaser Pertama Telah Didedahkan

Penggambaran John Wick: Chapter 4 telah bermula secara rasmi. Ansuran terbaru dalam siri aksi yang dipimpin Keanu Reeves akan menampilkan pelakon bintang yang seperti Donnie Yen, Rina Sawayama, dan banyak lagi. “Anggap ini sebagai penghargaan profesional,” kata catatan yang disertakan bersama foto pertama produksi, yang anda boleh lihat dibawah. 

John Wick: Chapter 4 segera diumumkan dua tahun yang lalu, selepas filem ketiga, John Wick: Chapter 3 – Parabellum mencipta rekod kutipan pembukaan tertinggi bagi francais John Wick dan berjaya mengutip lebih $300 juta dolar seluruh dunia.

Ansuran keempat akan menyaksikan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuhan yang sukar untuk dikalahkan. Kali terakhir wataknya dilihat adalah semasa di melarikan diri dan mengalami kecederaan parah selepas di dikhianati Winston lakonan Ian McShane.. 

Chad Stahelski kembali sebagai pengarah manakala lakon layar ditulis oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih francais dari pencipta John Wick, Derek Kolstad.

John Wick: Chapter 4 diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Stahelski, dengan Reeves dan Louise Rosner akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penggambaran akan berlangsung di Perancis, Jerman dan Jepun. Filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 27 Mei 2022.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment