Setelah mengumpulkan semua barisan pelakon, penggambaran filem sekuel IT yang berjudul IT: Chapter 2 secara rasminya telahpun bermula. Berita mengenai penggambaran tersebut didedahkan oleh salah seorang pelakonnya, James McAvoy yang memuatnaik sebuah gambar diset penggambaran filem tersebut.
Antara pelakon-pelakon filem sekuel kali ini adalah James McAvoy sebagai Bill, Jessica Chastain sebagai Beverly, Bill Hader sebagai Richie, Jay Ryan sebagai Ben, James Ransone sebagai Eddie, Andy Bean sebagai Stanely Uris, Isaiah Mustafa sebagai Mike Hanlon serta Bill Skarsgård yang akan kembali sebagai si badut Pennywise.
It: Chapter 2 ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama It. Selain itu juga, Bill Skarsgård akan turut kembali membawa watak Pennywise.
Filem pertama It telah mencipta beberapa rekod serta mencipta fenomena dikalangan peminat-peminat filem seram. Minggu pertama tayangannya telah berjaya mengaut $123.1 juta dolar, menjadi filem R-Rated kedua paling tinggi kutipan tiket dibelakang filem Deadpool dan menjadi filem seram paling laris selepas berjaya mengutip lebih $700 juta dolar.
IT: Chapter 2 akan menemui penonton pada 6 September 2019