Buat peminat-peminat karakter Flash, ada berita baik buat anda yang menantikan filem solo karakter tersebut. Menurut laman web PursueNews, filem terbitan Warner Bros. dan DC Films itu bakal memulakan penggambaran mereka pada Februari tahun hadapan.
Penggambaran filem tersebut akan bertempat di Atlanta, Georgia Amerika Syarikat, lokasi yang sering digunakan oleh Marvel Studio dalam penggambaran filem-filem adiwira Marvel.
Selain itu juga, desas desus mengatakan sebuah lagi filem DC iaitu Bird of Prey juga sedang mencari lokasi penggambaran mereka dan salah satu lokasi yang disebutkan adalah di Atlanta. Malah filem tersebut dikatakan akan turut memulakan penggambaran pada awal 2019. Jika khabar angin itu tepat, dua filem DC iaitu The Flash dan Bird of Prey akan memulakan penggambaran mereka serentak dan di lokasi yang sama.
Setakat ini, tiada maklumat terbaru mengenai filem The Flash. Laporan sebelum ini menyebut filem solo Flash tidak lagi diinspirasikan dari komik Flashpoint sebaliknya filem ini akan lebih kepada asal usul The Flash.
Pengarah filem Game Night, John Francis Daley dan Jonathan Goldstein akan mengarah filem solo Flash dan mereka akan mengunakan skrip terbaru yang ditulis oleh Joby Harold.
Ezra Miller akan kembali membawakan watak speedster Barry Allen/The Flash bersama-sama Kiersey Clemons sebagai Iris West, dan Billy Crudup yang membawakan watak kepada Barry iaitu Henry Allen.
Filem solo The Flash dijangka akan menemui penonton pada tahun 2020