Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Filem ‘Live-Action’ Disney+ “Peter Pan & Wendy” Telahpun Bermula

Disney+ telah mengumumkan bahawa penggambaran filem adaptasi live-action terbaru Walt Disney Studios, dari novel klasik J.M. Barrie, “Peter Pan & Wendy” akhirnya bermula di Vancouver. Projek yang laman tertangguh ini pada asalnya ditetapkan untuk tayangan di pawagam, tetapi secara rasmi dipindahkan ke Disney+ pada Disember lalu.

“Peter Pan telah lama menjadi salah satu kisah kegemaran saya, bukan sahaja kerana saya selalu menolak untuk menjadi dewasa, tetapi juga kerana hati, pengembaraan dan imaginasi yang menjadikan kisah asli J.M. Barrie begitu segar,” kata pengarah David Lowery dalam satu pernyataan.

“Saya gembira mendapat kesempatan untuk mentakrifkan semula watak ikoniknya untuk generasi baru – dan lebih teruja kerana saya dapat melakukannya dengan para pelakon dan kru yang luar biasa.”

Ditetapkan tayangan pada tahun 2022, filem ‘live-action’ ini akan dipimpin oleh pendatang baru Alexander Molony, dan Ever Anderson, yang merupakan anak perempuan bintang filem aksi Milla Jovovich (Resident Evil). Sebelum membintangi projek filem pertamanya sebagai watak utama, Anderson akan dilihat dalam filem terbaru Marvel Studios yang sangat dinantikan, “Black Widow” sebagai versi Natasha Romanoff sewaktu remaja.

Menyertai Molony dan Anderson adalah Jude Law (Fantastic Beasts and Where to Find Them) sebagai Captain Hook, Yara Shahidi (Grown-ish) sebagai Tinkerbell, Molly Parker (House of Card) sebagai Mrs. Darling, Alan Tudyk (Rogue One: A Star Wars Story) sebagai Mr. Darling, dan Jim Gaffigan (The Jim Gaffigan Show) sebagai Smee, bersama pendatang baru Joshua Pickering sebagai John; Jacobi Jupe sebagai Michael dan Alyssa Wapanatâhk sebagai Tiger Lily.

“Peter Pan & Wendy” ditulis dan diarahkan oleh David Lowery (Pete’s Dragon, The Green Knight) bersama Toby Halbrooks yang juga bertindak sebagai penulis bersama. 

Pertama kali diterbitkan pada 1911, Peter & Wnedy berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang tidak akan membesar bernama Peter Pan, dimana dia bersama Wendy Darling telah pergi ke pulau ajaib yang digelar Neverland. Disana, mereka bertemu kumpulan Lost Boys serta Tinkerbell dan menyertai beberapa penggembaran merbahaya menetang musuh ketat Peter, Captain Hook.

Kisah dongeng J.M. Barrie ini telah beberapa kali diadaptasikan ke filem live action antaranya filem yang diarahkan Steven Spielberg pada tahun 1991 lakonan Robin Williams dan Julia Roberts, pada 2003 lakonan Jeremy Sumpter dan Rachel Hurd-Wood dan adaptasi terbaru, filem Pan (2016) arahan Joe Wright yang dibintangi pelakon Hugh Jackman. 

Filem terbaru Disney ini akan diadaptasikan dari filem animasi Peter Pan yang diterbitkan pada 1953.

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee