Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Filem James Bond “No Time to Die” Telahpun Selesai, Akan Menemui Penonton April Tahun Hadapan

Filem terakhir Daniel Craig sebagai Ejen 007 James Bond, No Time to Die telahpun selesai menjalani penggambaran. Pekara tersebut diumumkan MGM menerusi perkongsian gambar di laman Twitter rasmi 007.

Filem kali menyaksikan, James Bond yang kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali membawakan wataknya sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini serta Christopher Waltz yang kembali memainkan peranan sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Cary Joji Fukunaga mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri. Bond 25 dijangka akan menemui penonton pada 9 April 2020

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee