Penggambaran Filem James Bond “No Time To Die” Diteruskan Di Itali

308
views

Laman Twitter rasmi James Bond telah berkongsi beberapa gambar belakang tabir yang menampilkan bintang Daniel Craig, Léa Seydoux dan pengarah Cary Joji Fukunaga yang kini berada di Matera, Itali untuk meneruskan proses penggambaran filem terbaru James Bond, No Time To Die. 

Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Filem kali menyaksikan, James Bond yang kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali membawakan wataknya sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini serta Christopher Waltz yang kembali memainkan peranan sebagai Ernst Stavro Blofeld

Cary Joji Fukunaga mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri. Bond 25 dijangka akan menemui penonton pada 9 April 2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here