Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3 Akan Bermula Tahun Hadapan

Dengan hanya tinggal Rocket Raccon sahaja dalam kumpulan Guardians of the Galaxy, peminat mungkin tertanya-tanya adakah karakter seperti Peter Quill, Gamora, Mantis dan Drax akan kembali dalam filem ketiga Guardians of the Galaxy yang telah lama dirancang oleh Marvel Studios.

Dalam artikel yang kami keluarkan sebelum ini, pengarahnya James Gunn mengesahkan kesemua pelakon utama filem tersebut akan kembali membintangi filemnya itu termasuklah Gamora. Malah pengarah itu juga memberitahu bahawa filem yang diberi judul Guardians of the Galaxy Vol. 3 itu juga akan menyimpulkan segala penggembaraan mereka sepanjang 3 filem yang dihasilkan dan mungkin akan diganti dengan watak baru.

Terbaru, salah seorang pelakon utamanya, Chris Pratt telah memberi sedikit kemaskini tentang filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. Semasa memberi ucapan hari lahir kepada Pom Klementieff yang merupakan pelakon untuk watak Mantis, beliau turut mendedahkan penggambaran filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan dibuat pada tahun hadapan.

Terdahulu, terdapat ura-ura tarikh tayangan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 ditetapkan pada 1 May 2020, namun ia belum disahkan oleh pengarahnya James Gunn mahupun pihak Marvel Studios

Setakat ini tidak diketahui plot dan jalurmasa filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. 

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating