Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Filem Gambit Akan Bermula Awal Tahun Hadapan


Filem Gambit dikatakan akan memulakan pengambaran pada 2018

Pengambaran filem Gambit dilaporkan akan bermula awal tahun hadapan. Menurut laman web Omega Underground yang mengikuti rapat perkembangan filem spin X-Men itu mendedahkan, penggambaran Gambit mungkin akan bermula dalam bulan Februari dan dijangka selesai dalam bulan Julai 2018.

Lokasi penggambaran juga akan dilakukan di New Orleans, tempat lahir karakter X-Men itu.

Filem Gambit akan dibintangi oleh  Channing Tatum yang membawa watak Gambit, manakala Lizzy Caplan pula akan membawakan watak perempuan utama dalam filem tersebut. Maklumat lanjut mengenai watak yang dibawa oleh Lizzy masih lagi tidak diketahui dan FOX masih berahsia mengenainya.

Filem spinioff X-Men itu akan diarahkan oleh Gore Verbinski manakala skrip ditulis oleh Reid Carolin dan Chris Claremont. Plot filem berkenaan tidak diketahui, tetapi khabar angin mengatakan ia akan melibatkan watak beberapa karakter klasik X-Men serta villain Nathaniel Essex aka Mr. Sinister

Gambit dijangka akan memulakan tayangan pada 14 Februari 2019.



Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee