Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Filem Fast and Furious 9 Telah Bermula

Penggambaran filem Fast and Furious 9 secara rasminya telah bermula, dan seperti mana-mana projek filem yang disertai pelakon Vin Diesel, pasti akan diraikan dalam laman Instagram milik beliau.

Filem kesembilan francais Fast and Furious akan datang tidak disertai pelakon Dwayne “The Rock” Johnson disebabkan pelakon tersebut terlibat dengan projek spin off Hobbs & Shaw. Bagaimanapun tempat ‘The Rock’ digantikan bekas seterunya di gelanggang gusti, John Cena.

https://www.instagram.com/p/BzGh3YqlddW/?utm_source=ig_web_copy_link

Fast and Furious 9 sepatutnya ditayangkan pada 19 April yang lalu, tetapi terpaksa ditukar tarikh ke 22 Mei 2020 bagi memberi laluan filem Hobbs & Shaw yang akan ditayangkan pada 2 Ogos tahun ini.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam.

Related posts

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating