Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Filem Biopik Elvis Presley Lakonan Tom Hanks Bakal Bersambung Semula

Selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19, penggambaran filem biopik legenda rock ‘n roll, Elvis Presley akan bersambung semula di Australia. Ia dimaklumkan Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk selepas  bertemu pengarahnya, Baz Luhrmann, semalam

“Kami ingin memastikan penggambaran ini dapat berlangsung secepat mungkin dan memastikan pelakon dan kru dapat bekerja dengan aman,” katanya.

Pada pertemuan itu, mereka berdua membincangkan pelbagai perkara mengenai penghasilan filem ini. Salah satunya adalah penggambaran di Village Roadshow Studios di Gold Coast.

Palaszczuk berkata, pengamal industri dan Kementerian Kesihatan sedang merancang protokol kesihatan untuk industri filem yang akan segera dikeluarkan.

Dalam filem yang belum memiliki judul ini, watak Elvis akan dilakonkan Austin Butler. Filem ini berkisah mengenai kehidupan Presley dari zaman awalnya hingga menjadi bintang popular. Ia turut menampilkan pelakon Tom Hanks yang akan membawakan watak sebagai pengurus Elvis bernama Kolonel Tom Parker.

Pada 12 Mac lalu, Hanks dan isterinya, Rita disahkan positif jangkitan Covid-19 ketika mereka berada di Australia untuk persiapan penggambaran filem ini. Mereka menjalani rawatan di Hospital Queensland, Australia selama lima hari dan seterusnya dibenarkan keluar pada 17 Mac untuk menjalani rawatan di rumah.

Pasangan ini disahkan sembuh sepenuhnya pada 28 Mac lalu.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment