Berita

Penggambaran Filem Bill And Ted Face The Music Telah Bermula

Views

Penggambaran filem Bill and Ted Face the Music secara rasminya telahpun bermula.  Beberapa keping gambar dari set penggambaran filem tersebut telah didedahkan kepada umum.

Yang menariknya, gambar-gambar tersebut menampilkan wajah terbaru Keanu Reeves tanpa sebarang jambang. Anda boleh saksikan gambar-gambar belakang tabir dibawah.

Skrip filem ini ditulis oleh Chris Matheson dan Ed Solomon, manakala Dean Parisot akan bertindak selaku pengarah.

Filem kali ini menyaksikan Bill S. Preston, Esq. (Alex Winter) dan Ted "Theodore" (Keanu Reeves menerima amaran dari pelawat yang datang dari masa hadapan untuk mencipta sebuah lagu yang akan menyelamatkan semua kehidupan dan alam semesta. Mereka berdua kemudiannya meminta bantuan keluarga, rakan lama dan pemusik terkenal untuk menyempurnakan tugasan mereka itu.

Bill and Ted Face the Music dijangka akan menemui penonton pada 21 Ogos 2020

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks