Penggambaran Fast & Furious 9 Ditangguhkan Seketika Disebabkan Kemalangan

168
views

Penggambaran filem Fast & Furious 9 terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas pelakon lagak ngeri filem tersebut mengalami kecederaan ketika sedang melakukan penggambaran.

Menurut jurucakap studio Universal Pictures, penggambaran terpaksa ditangguhkan selama satu hari untuk memberi fokus kepada situasi yang berlaku.

“We had an injury on the set of Fast 9 today in Leavesden with one of our stuntmen, We have halted production for the day to focus on this situation.”

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

Fast and Furious 9 sepatutnya ditayangkan pada 19 April yang lalu, tetapi terpaksa ditukar tarikh ke 22 Mei 2020 bagi memberi laluan filem Hobbs & Shaw yang akan ditayangkan pada 2 Ogos tahun ini.

Filem terbaru ini dibintangi Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, dan Ludacris. Turut berada dalam senarai barisan pelakon adalah Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan membawakan watak masing-masing dalam filem sebelum serta pendatang baru, John Cena.

Fast and Furious kini sedang menjalani penggambaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here