Slot Asia

Penggambaran Dua Drama KBS Terpaksa Dihentikan Selepas Pelakon Diuji Positif COVID-19

Views

Penggambaran dua drama terbaru KBS, To All the Guys Who Loved Me dan Do Do Sol Sol La La Sol terpaksa dihentikan buat sementara waktu berikutan dua pelakon drama tersebut disahkan positif COVID-19.

Pada 19 Ogos, KBS mengumumkan pengangguhan penggambaran drama To All the Guys Who Loved Me setelah pelakon Seo Sung Jong diuji positif COVID-19, manakala agensi Ace Factory pada hari ini, telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan pelakon Do Do Sol Sol La La Sol, Heo Dong Won turut disahkan dijangkiti virus merbahaya itu. 

Heo Dong Won dipercayai mendapat jangkitan selepas berlakon bersama Seo Sung Jong.

Sehubungan dengan itu KBS mengambil langkah pencegahan dengan menghentikan penggambaran To All the Guys Who Loved Me dan Do Do Sol Sol La La Sol buat sementara waktu, memandangkan sebilangan kakitangan bekerja untuk kedua-dua drama tersebut. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan produksi Do Do Sol Sol La La Sol, semua pelakon dan kakitangan akan menjalani pemeriksaan kesihatan, dan penggambaran ditangguhkan sehingga semua keputusan diperolehi. Mereka juga akan mengutamakan keselamatan dan pencegahan jangkitan dikalangan kakitangan.

To All the Guys Who Loved Me dibintangi Hwang Jung Eum, Yoon Hyun Min dan Seo Ji Hoo, dan episod terakhir dijadualkan tayangan pada 25 Ogos ini. Drama romantik komedi terbaru KBS, Do Do Sol Sol La La Sol lakonan Go Ara dan Lee Jae Wook sepatutnya dijadualkan tayangan pada 26 Ogos.

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks