Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Doctor Strange 2 Bermula Januari Tahun Hadapan


Selepas Black Widow, sebuah lagi filem Marvel Fasa 4 dilaporkan bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi.

Menurut laman web Discussing Film, Doctor Strange 2 dikhabarkan akan mula melakukan penggambaran Januari tahun hadapan dan produksi akan bertempat di United Kingdom.

Tidak banyak maklumat mengenai sekuel Doctor Strange diketahui buat masa ini. Tetapi dilaporkan pengarah filem pertama Scott Derrickson dan penulis skrip C. Robert Cargill akan kembali meneruskan projek kedua ini nanti.

Terdapat khabar angin turut mengatakan, watak lakonan Chiwetel Ejiofor, Baron Mordo akan kembali dalam sekuel akan datang.

Baron Mordo yang menjadi ‘side kick’ kepada Doctor Strange dalam filem pertama dilihat bakal menjadi musuh ‘ahli sihir’ itu selepas babak post credit menunjukkan dia mula memburu bekas pengikut The Ancient One’ yang menyalahgunakan abiliti magik mereka.


Doctor Strange 2 masih belum ditetapkan tarikh tayangannya, dijangkakan filem ini mula menemui penonton pada tahun 2020.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee