Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Penggambaran Ditunda Sebab Pandemik Beri Impak Positif Pada Stranger Things S4

Produksi Stranger Things musim keempat telahpun bersambung pada September yang lalu selepas terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Walaupun penangguhan itu memberi kesan pada tarikh tayangan musim akan datang, penerbit eksekutif menjelaskan bahawa, ia masih memberi kesan positif kepada siri tu.

Ketika bercakap kepada Collider, Levy menjelaskan yang pandemik memberikan kesan yang cukup besar pada produksi Stranger Things sehingga mempengaruhi tarikh tayangannya, namun ia memberi kesan positif terhadap kualiti skrip musim akan datang.

“I’ll just say the pandemic definitely massively delayed shooting and therefore the launch of our current Season 4, date still TBD,”

“But it impacted very positively by allowing the Duffer brothers, for the first time ever, to write the entire season before we shoot it and to have time to rewrite in a way that they rarely had before so the quality of these screenplays are exceptional, maybe better than ever.” 

Stranger Things dicipta oleh Matt dan Sean Duffer, dimana mereka berdua turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah, bersama-sama Shawn Levy, Dan Cohen dan Ian Patterson.

Siri akan datang dibintangi Winona Ryder sebagai Joyce Byers, David Harbour sebagai Ketua Jim Hopper, Finn Wolfhard sebagai Mike Wheeler, Noah Schnapp sebagai Will Byers, Millie Bobby Brown sebagai Eleven, Caleb McLaughlin sebagai Lucas Sinclair, Gaten Matarazzo sebagai Dustin Henderson, Cara Buono sebagai Karen Wheeler, Natalia Dyer sebagai Nancy Wheeler, Charlie Heaton sebagai Jonathan Byers, Joe Keery sebagai Steve Harrington, Sadie Sink sebagai Max, Maya Thurman-Hawke sebagai Robin, Brett Gelman sebagai Murray Bauman dan Priah Ferguson sebagai Erica Sinclair.

Bagi yang belum menonton siri ini, anda boleh menyaksikan musim pertama hingga ketiga di Netflix.

Related posts

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee

Trailer ‘The Witcher: Blood Origin’ Meneroka Sejarah Continent Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kakimuvee

Trailer Crime Scene: The Times Square Killer Soroti Siri Jenayah Terbaru Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment