Penggambaran Die Hard: Year One Akan Bermula Tidak Lama Lagi

71
views

Filem prekuel Die Hard buat masa masih lagi dalam peringkat pembangunan dibawah bumbung Fox. Bagaimanapun, pengarahnya Len Wiseman memberikan sedikit perkembangan lanjut mengenai filem arahannya itu.

Menurut beliau, penggambaran filem yang berjudul Die Hard: Year One akan bermula tidak lama lagi sebaik sahaja skrip filem berkenaan siap. Malah beliau juga tidak mahu mengulangi kesilapan ketika menghasilkan filem Live Free or Die Hard dimana mereka telah memulakan penggambaran ketika skrip masih belum siap.

Filem prekuel berkenaan akan menampilkan dua naratif dimana ia akan mengisahkan tentang John McClane diawal penglibatan sebagai anggota polis dan juga masakini. Selain itu juga, watak Holly Gennero iaitu isteri kepada John McClane juga akan turut muncul dalam filem kali ini.

Setakat ini, hanya Bruce Willis yang disahkan akan kembali dalam filem keenam Die Hard. Buat masa ini, pelakon yang akan membawakan watak muda John McClane masih belum dicari. Tetapi, Wiseman mendedahkan, Bruce Willis akan membantu memilih pelakon yang sesuai untuk membawa watak muda John McClane.

Die Hard: Year One setakat ini masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Sumber: www.slashfilm.com