
Pelakon yang memainkan watak Colossus dalam dua filem awal Deadpool, Stefan Kapičić, telah mengesahkan bahawa produksi filem terbaru Marvel Studios yang sangat dinantikan, Deadpool 3, telahpun bermula.
Penggambaran bermula selepas 5 tahun tayangan pawagam sekuel Deadpool popular itu. Filem terbaru MCU itu dijadualkan tayang di pawagam pada 8 November 2024.
🚨 Stefan Kapičić, o Colossus da atual trilogia 'DEADPOOL', confirmou em seu Instagram que a produção de 'DEADPOOL 3' começou oficialmente. pic.twitter.com/gfIKUi9jda
— Multiverso Marvel Brasil (@MMarvelBRA) May 23, 2023
Deadpool 3 akan mengandingkan semula Ryan Reynolds dengan pengarah Shawn Levy selepas mereka berdua terlibat dalam projek Free Guy dan The Adam Project. Filem akan datang juga menyaksikan kepulangan muka-muka lama Deadpool seperti Leslie Uggams sebagai Blind Al, Morena Baccarin sebagai Vanessa, Rob Delaney sebagai Peter, Stefan Kapicic sebagai Colossus Karan Soni sebagai Dopinder, Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead, dan Shioli Kutsuna sebagai Yukio.
Filem ini ditulis oleh Rhett Reese, Paul Wernick, dan Zeb Wells daripada draf yang sebelum ini ditulis oleh adik-beradik Molyneux (Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Logelin).
Berikutan prestasi cemerlangnya dalam Logan, Hugh Jackson akhirnya keluar daripada persaraan adiwira untuk memainkan semula watak ikoniknya sebagai Wolverine dalam Deadpool 3. Selain itu, filem itu juga akan mengalu-alukan penambahan pendatang baharu Marvel, Emma Corrin dan Matthew Macfadyen.
Dua filem pertama Deadpool adalah kejayaan box-office selepas memperoleh gabungan kutipan kasar lebih $1.5 bilion di seluruh dunia. Kedua-duanya ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, dengan yang pertama diarahkan oleh Tim Miller dan Deadpool 2 diarahkan oleh David Leitch.