Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Captain Marvel Akan Bermula Februari Tahun Hadapan

Filem superhero solo wanita pertama Marvel, Captain Marvel yang dibintangi oleh Brie Larson  dijadualkan akan memulakan penggambaran pada Februari tahun hadapan. Sebelum ini, terdapat laporan bahawa penggambarannya akan bermula Januari akan datang, tetapi berita terbaru dari laman web CBR.com mengesahkan, ia akan bermula Februari ini.

Dalam laporan itu juga, lokasi penggambaran Captain Marvel akan dibuat di Los Angeles, berbanding lokasi yang biasa dilakukan oleh produksi Marvel iaitu di Atlanta.

Sementara itu, bintang Rogue One: A Star Wars Story,  Ben Mendelsohn dilaporkan akan turut berlakon dalam filem ini dan bakal membawa watak villain, ketua kepada Skrull – makhluk asing yang akan menyerang Bumi dalam filem Captain Marvel nanti. Aktor tersebut kini dalam proses perbincangan dengan pihak Marvel Studio untuk membawakan karakter tersebut.

Captain Marvel bakal menutup fasa ketiga Marvel Cinematic Universe dan akan menceritakan pengembaraan Carol Danvers sebagai Captain Marvel. Filem superhero wanita Marvel ini bakal berlatarbelakangkan zaman 90-an dan dikatakan akan diadaptas dari siri komik Marvel yang menampilkan perang diantara bangsa Kree dan Skrull yang membawa perubahan Carol Danvers dari seorang anggota tentera udara US menjadi superhero.

Anna Boden dan Ryan Fleck dipilih sebagai pengarah filem ini, manakala lakonlayar pula ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet. Captain Marvel juga bakal menampilkan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury. Tarikh tayangan filem ini dijadualkan pada 8 Mac 2019

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment