Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran “Black Adam” Telah Bermula, Dwayne Johnson Kongsi Gambar Belakang Tabir

Penggambaran filem Black Adam sudah bermula secara rasmi!. Bintang utamanya, Dwayne Johnson telah kongsikan gambar belakang tabir filem terbaru DC Extended Universe itu berserta ucapannya. Anda boleh gambar tersebut dibawah. 

“History in the making, extremely excited and what a humbling moment to share with you,”


 “Officially kicking off DAY 1 of filming our BLACK ADAM Our Director and maestro, Jaume Collet-Serra. Our Academy Award nominee (Joker), Director of Photography, Lawrence Sher. We have an all star production crew – incredibly talented, galvanized, committed and focused to raise the bar and deliver something SPECIAL for the world. This one is an honor.”

Johnson memainkan peranan utama sebagai antihero Black Adam. Menyertai Johnson dan Brosnan adalah Noah Centineo (To All The Boys I’ve Loved Before) sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell (Trinkets) sebagai Cyclone dan Aldis Hodge (One Night in Miami) sebagai Hawkman. “Black Adam” turut dibintangi Sarah Shahi (City on a Hill) dan Marwan Kenzari (Aladdin). Buat masa ini watak Shahi dan Kenzari masih belum diketahui. 

Berdasarkan karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra berdasarkan lakon layar yang ditulis Adam Sztykiel, Rory Haines dan Sohrab Noshirvani. Filem ini merupakan kolaborasi kedua Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul “Jungle Cruise”

Selain berlakon, Johnson turut menjadi penerbit bersama Beau Flynn, Dany Garcia dan Scott Sheldon

Related posts

Gambar “Enola Holmes 2” Goda Pandangan Pertama Filem Sekuel Netflix

Kakimuvee

Musim 3 One-Punch Man Telah Diumumkan

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment