
Pengarah James Cameron telah mendedahkan perkembangan terbaru filem sekuel Avatar. Menurut EW.com, penggambaran Avatar 2 sudah selesai 100%, bagaimanapun, peminat perlu menunggu sehingga Disember 2022 sebelum dapat menonton Avatar 2.
Menurut Cameron, produksi Avatar 2 lewat empat setengah bulan disebabkan pandemik Covid-19 dan menyebabkan jadual tayangan dianjak setahun iaitu pada Disember 2022. Selain itu juga, Cameron memaklumkan bahawa penggambaran Avatar 3 juga sudah hampir selesai sepenuhnya
“COVID hit us like it hit everybody… We lost about four and a half months of production, As a result of that, we’ve rolled around one more full year for a release in December of 2022. That’s been announced already.