Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Penggambaran filem Aquaman and the Lost Kingdom nampaknya tertangguh selepas bintang utamanya, Jason Momoa disahkan positif COVID-19, lapor The Sun.

Jangkitan berlaku semasa Momoa sedang menjalani penggambaran adegan untuk sekuel DC Comics di Hertfordshire, England, dan Warner Bros. dikatakan berharap bahawa mereka dapat menghentikan sebarang wabak selanjutnya.

“Jason baik-baik saja dan kini mengasingkan diri selepas mendapat ujian positif,” ujar sumber kepada media tabloid itu. 

“Tetapi yang memeningkan kepala ketua filem, adalah mereka bimbang tentang terpaksa menangguhkan jadual penggambaran yang padat. Sudah tentu keselamatan semua orang yang bekerja adalah pekara yang paling penting, dan semua orang menjalani ujian secara berkala. Mereka berharap ini adalah sekali sahaja, dan boleh bekerja dengan Jason dan meneruskan penggambara,”

“Semua orang mendoakan dia cepat sembuh dan mereka tidak sabar untuk membawanya kembali ke set.”

Ini bukan kali pertama produksi filem Hollywood terpaksa menangguhkan penggambaran di Britain. Sebelum ini, penggambaran filem The Batman arahan Matt Reeves turut ditangguh beberapa kali berikutkan penularan wabak di set penggambaran. Pelakon Robert Pattinson antara salah seorang individu yang dijangkiti virus COVID-19 semasa menjalani penggambaran. 

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.

Filem terbaru DC Comics ini akan ditayangkan pada 16 Disember 2022. 

 

Related posts

Penulis “Bruce Almighty” Dedah Sekuel Yang Tak Menjadi

Kakimuvee

James Gunn Ingatkan Peminat Agar Jangan Percaya Khabar Angin Mengenai Masa Depan DC

Kakimuvee

Sempena Hari Avatar, Disney Lancar Trailer Terakhir “Avatar: The Way Of Water”

Kakimuvee

Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Kakimuvee

Kos Pembikinan FAST X Hampir Menyamai Avengers: Endgame

Kakimuvee

Drama Terbaru Viu Original, Hilang, Ketengahkan Elemen Seram & Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment