Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penggambaran “Ant-Man and the Wasp: Quantumania” Telah Bermula

Penggambaran filem threequel Ant-Man and the Wasp: Quantumania telah bermula secara rasmi di London. Pekara tersebut didedahkan bintang utamanya Paul Rudd dalam sebuah video yang dikongsikan pengguna Instagram Tyreek “Cheetah” Hill. 

Dalam Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Evangeline Lilly sekali lagi membawa watak kegemaran peminat iaitu Scott Lang/Ant-Man and Hope van Dyne/Wasp. Kedua-dua watak itu kali terakhir dilihat peminat semasa peristiwa Avengers: Endgame. Filem akan datang turut menyaksikan kepulangan Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Hank Pym dan Janet Van Dyne. 

Setakat ini, penglibatan Michael Peña dalam filem akan datang masih belum diketahui. Watak lakonan Peña, iaitu Luis telah menjadi salah satu watak MCU yang sangat digemari peminat. Sementara itu, David Dastmalchian turut disahkan kembali sebagai Kurt. 

Filem ketiga Ant-Man bakal memperkenalkan pendatang baru MCU iaitu Kathryn Newton (The SocietyFreaky) yang akan memainkan peranan sebagai Cassie Lang, watak yang sebelum ini dilakonkan oleh Abby Ryder Fortson dalam filem pertama dan Emma Fuhrmann dalam filem Endgame. Watak penjahat utama, Kang the Conqueror akan dilakonkan bintang Lovecraft Country, Jonathan Majors.

Ant-Man and The Wasp: Quantumania sekali lagi diarahkan oleh Peyton Reed, berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Jeff Loveness (Rick and Morty). Filem terbaru MCU ini dijadualkan tayangan pada 17 Februari 2023.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment