Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pengedar Sahkan Tarikh Tayangan Filem Sekuel Train To Busan, “Peninsula”

Kepada peminat yang menantikan tayangan filem sekuel Train to Busan, ini berita baik untuk anda. Menurut laporan dari laman Soompi, pengedar filem Peninsula telah mengesahkan laporan mengenai tarikh tayangannya, iaitu pada 12 Ogos 2020. 

Peninsula akan ditetapkan 4 tahun selepas peristiwa Train to Busan dimana keseluruhan kawasan semenanjung Korea telah menjadi tanah terbiar dan dikuasai zombi. Bagaimanapun terdapat segelitir manusia yang masih hidup, menanti untuk diselamatkan.

Filem akan datang dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan. Kang Dong Won akan memainkan peranan utama sebagai Jung Suk, karakter yang akan menentang keganasan Zombi bersama-sama Min Jung lakonan lakonan Lee Jung Hyun.

Pelakon kanak-kanak Lee Rae akan memainkan peranan sebagai Joon Yi, manakala aktor veteran, Kwon Hae Hyo akan membawakan peranan Kim Noh In, ahli kumpulan Ming Jung yang paling tua. Sementara itu, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan akan membawakan peranan sebagai pasukan penyelamat.

Jadi kepada peminat-peminat Train to Busan, adakah anda tidak sabar menantikan tayangan filem Peninsula? kongsikan keterujaan anda diruangan komen.

Related posts

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Leave a Comment