Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Yakin Bulan & Pria Terhebat Mampu Menyinar Sekiranya Tayangan Disambung

Seperti pengarah-pengarah filem yang lain, Ghaz Abu Bakar berharap filem terbaru arahannya, Bulan & Pria Terhebat dapat ditayangkan semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Ketika bercakap kepada BH Online baru-baru ini, pengarah tersebut optimis bahawa filemnya itu mampu mendapat sambutan memberangsankan daripada penonton sekirannya tayangan filem itu disambung semula dipawagam.

“Sudah tentu saya mengharapkan filem ini dapat ditayangkan semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir dan situasi kembali pulih.

“Rata-rata mereka yang sempat menonton filem ini suka dengan sentuhan saya kali ini,”

Terdahulu, filem terbitan Nizra Entertainment bersama Astro Shaw dan Skop Productions ini hanya ditayangkan selama seminggu di pawagam sebelum dihentikan berikutan pawagam di seluruh negara ditutup akibat penularan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Ghaz berkata sekiranya filemnya diberi peluang kedua, dia dan pihak penerbit akan merangka strategi pemasaran baru yang lebih efektif.

Malah barisan pelakon juga bersedia dan komited untuk turut sama memprmosikan filem itu sekiranya ia dapat ditayangkan semula.

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment