Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Veteran Richard Donner Kembali Arahkan Filem Kelima “Lethal Weapon”

Usia 90 tahun tidak menghalang pengarah Richard Donner untuk kembali bergandingan dengan Mel Gibson dan Danny Glover dalam filem terakhir Lethal Weapon. Ketika diwawancara The Telegraph, Donner mengesahkan bahawa dia akan mengarahkan filem Lethal Weapon 5!. 

“This is the final one. It’s both my privilege and duty to put it to bed. It’s exciting, actually… Hahaha! It’s the last one, I’ll promise you that.”

Francais Lethal Weapon bermula pada 1987 dan sejak dari itu, empat buah filem telah dihasilkan dengan yang terakhir, Lethal Weapon 4, telah ditayangkan pada 1998. Filem keempat itu berjaya mengutip $285 juta dolar berbanding modal pembikinan sekitara $100-150 juta, tetapi mendapat ulasan dan reaksi hangat dari pengkritik dan penonton.

Dicipta oleh Shane Black, filem pertama mendapat pujian pengkritik dan sukses dari segi komersial apabila meraih $120 juta berbanding kos pembikinan sebanyak $15 juta. Selain tiga sekuel, dua siri adaptasi TV turut dihasilkan dengan Damon Wayans Sr. dan Clayne Crawford mengambil peranan Roger Murtaugh dan Martin Riggs. Siri TV ini telah bersiaran selama tiga musim sebelum dibatalkan Fox. 

Filem kelima telah menjadi perbincangan selama bertahun-tahun dan pernah terhenti seketika kerana Gibson dan Glover tidak berminat untuk kembali serta masalah dengan skrip. Namun pada Januari, telah diberitakan bahawa projek Lethal Weapon 5 kembali aktif dengan pasangan duo itu bersetuju untuk kembali bersama-sama Donner. 

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment