Berita

Pengarah Venom Sahkan Crossover Diantara Spider-Man & Venom

View

Drama diantara Sony dan Disney telah mengubah masa depan Spider-Man serta kerjasama dinamik diantara dua studio besar itu. Karakter Spider-Man lakonan Tom Holland bukan sahaja akan kembali dalam filem-filem MCU seterusnya, malah karakternya juga dibenarkan untuk muncul dalam dunia sinematik Marvel yang dibangunkan oleh Sony.

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini telah memberi ‘hint’ bahawa Spider-Man ‘satu-satunya adiwira yang memiliki kuasa untuk merentas dunia sinematik’, dan bekas pengarah Venom, Ruben Fleischer menguatkan lagi petunjuk yang dinyatakan oleh Feige.

Ketika ditemubual Fandom baru-baru ini, Fleischer memberitahu suatu hari nanti, Peter Parker lakonan Tom Holland bakal bertembung dengan karakter Eddie Brock lakonan Tom Hardy.

“That’s where it’s all going to lead. And that’s the exciting thing, because we changed the origin of Venom … in the comics, he evolved from Spider-Man but because of the Marvel-Sony thing we weren’t able to that. And so the thing I think it’s building towards, and will be exciting to see, is when they actually do confront each other.”

Walaupun pertembungan di antara Venom dan Spidey akan membuat penonton bergembira, peminat merasakan ia mungkin rumit memandangkan kisah origin Eddie Brook dalam filem pertama tidak berkait dengan Peter Parker. Ini akan menyebabkan pertembungan diantara kedua-dua karakter itu kurang bersifat peribadi sepertimana yang ditunjukkan dalam versi komik Marvel.

BACA:  Rambo: Last Blood Diklasifikasikan Sebagai 'R-rated'

Apapun, kita nantikan perkembangan mengenai penglibatan Spider-Man dalam dunia sinematik Marvel Sony dan lihat bagaimana ia disesuaikan memandangkan filem origin Venom jauh berbeza dari sumber komiknya.

Spider-Man akan mendapat filem ketiganya yang telah ditetapkan tarikh tayangan pada 16 Julai 2021, manakala Sony akan mengembangkan dunia sinematiknya menerusi filem Morbius yangkan ditayangkan pada 31 Julai 2020 diikuti filem Venom 2 pada 2 Oktober tahun yang sama.

Tinggalkan Balasan

shares