Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Nun: James Wan Sudah Memilih Pengarah Filem

The Conjuring 2

Penerbit James Wan dilaporkan telah memilih seorang pengarah untuk mengarahkan filem Spinoff Conjuring, The Nun. Menurut laporan Deadline, pengarah yang dimaksudkan ialah Corin Hardy.

The Nun merupakan filem horror ketiga Hardy, sebelum ini beliau pernah mengarah filem The Hollow pada 2015 dan sedang mengarahkan filem The Crow.


James Wan yang mengarahkan filem pertama Conjuring akan bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit filem bersama-sama penulis skrip Gary Dauberman (Annabelle, Annabelle 2) dan penerbit Peter Safran (The Conjuring, The Conjuring 2, Annabelle).

James Wan telah mengangkat franchise The Conjuring pada 2013, kemudiannya menghasilkan filem spin off Annabelle pada 2014 dan sekuel The Conjuring 2 pada 2016. Sekuel Annabelle 2 pula akan ditayangkan pada tahun ini, manakala The Nun masih tidak diketahui tarikh tayangannya.

Lorraine Waren & Demonic Valak

Franchise The Conjuring boleh dikatakan franchise filem horror paling berjaya setakat ini apabila berjaya mengutip hampir $897 seluruh dunia.

The Nun akan fokus kepada entiti demon, Valak yang muncul dalam The Conjuring 2 pada tahun lepas. Watak Valak dalam filem berkenaan memaparkan seorang wanita yang memakai pakaian serba hitam dengan wajahnya yang cukup menyeramkan.

Maklumat lanjut mengenai filem ini akan kami bawakan dari masa ke semasa.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment