Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Trilogi The Godfather Sifatkan Filem Marvel Sebagai “Hina”

Susulan dari kenyataan pembikin filem Martin Scorsese yang menganggap filem-filem Marvel sebagai ‘taman tema’ bukannya ‘cinema’, seorang lagi pembikin filem legenda Hollywood telah ‘mengusik’ peminat-peminat Marvel dengan kata-kata yang cukup ‘menusuk kalbu’.

Pembikin filem yang dimaksudkan adalah Francis Ford Coppola, pengarah trilogi The Godfather. 

Ketika ditanya wartawan Yahoo mengenai pendapatnya terhadap komen Martin Scorsese terhadap filem-filem Marvel, Coppola menyatakan dia setuju dengan rakannya itu, dan turut menyifatkan filem-filem Marvel sebagai ‘hina’.

“When Martin Scorsese says that the Marvel pictures are not cinema, he’s right because we expect to learn something from cinema, we expect to gain something, some enlightenment, some knowledge, some inspiration. I don’t know that anyone gets anything out of seeing the same movie over and over again, Martin was kind when he said it’s not cinema.”

Pengarah tersebut kemudiannya berkata lagi: “He didn’t say it’s despicable, which I just say it is.”

Jadi kepada peminat filem-filem Marvel, apa pendapat anda tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah legenda ini? adakah anda terasa marah sehingga mahu mensabotaj filem-filemnya di laman IMDb, atau sekadar membiarkan kata-katanya berlalu pergi seperti angin kentut yang “diletupkan” oleh teman wanita anda, disebabkan anda menghormatinya sebagai salah seorang pengarah terhebat sepanjang zaman di Hollywood.

Francis Ford Coppola baru-baru ini telah dianugerahkan Prix Lumiere untuk hasil kerjayanya dalam industri filem,

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee