Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Travis Knight Berundur Dari Projek Filem Uncharted

Pengarah Travis Knight terpaksa berundur dari projek filem permainan video Uncharted gara-gara percanggahan jadual yang melibatkan aktor utamanya, Tom Holland.

Menurut laporan Deadline, penggambaran filem Spider-Man 3 yang dibintangi Tom Holland telah menyebabkan jaduan penggambaran Uncharted berubah, dan ini turut menganggu jadual bekas pengarah Bumblebee itu. Sebelum ini, Uncharted telah bertukar lima pengarah sejak ia diumumkan beberapa tahun lali.

Setakat ini Holland dan Mark Wahlberg masih lagi terikat dengan projek tersebut.

Pihak studio dilaporkan akan mengubah jadual tayangan sementara mencari pengarah baru. Uncharted dijadualkan tayangannya pada 18 Disember 2020.

Uncharted berdasarkan permainan video aksi penggembaraan berjudul Uncharted: Drake’s Fortune yang dihasilkan Naughty Dog dan Sony Interactive. Ia membawa pemain menyertai penggembaraan keturunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, iaitu Nate Drake – seorang pemburu harta karun yang menjumpa kota emas El Dorado yang terletak di Amerika Selatan. Pencariaannya bagaimanapun turut disertai musuhnya dan terpaksa berhadapan dengan makhkluk-makhluk menakutkan.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment