Pengarah Thor: Ragnarok, Taika Waititi Bakal Arahkan Filem Live Action Akira?

498
views

Perancangan pembikinan filem ‘live-action’ Akira kini sudah memasuki tahun kelapan, dan difahamkan pihak studio Warner Bros. masih belum memilih siapakah pengarah yang akan mengarahkan filem yang diadaptasikan dari Manga Jepun yang berjudul Akira. 

Warner Bros. yang telah mendapatkan hak untuk menghasilkan filem live-action berkenaan pada tahun 2002 dilaporkan sudah memulakan perancangan untuk menghasilkan filem tersebut sejak tahun 2008. Tetapi beberapa masalah idea kreatif diantara pengarah dan studio serta beberapa isu lain, filem berkenaan telah tertangguh selama lapan tahun.

Namun, pada September 2017 yang lalu, penghasilan filem Akira kembali bernafas selepas beberapa laman web hiburan antarabangsa melaporkan pengarah Taiki Waititi sedang dalam perbincangan dengan Warner Bros. untuk mengarahkan filem tersebut, tetapi sehingga kini masih belum mempunyai khabar berita.

Bagaimanapun, semasa ditemuramah oleh IGN, pengarah Thor: Ragnarok itu mendedahkan yang beliau masih berminat untuk mengarahkan filem live-action Akira dan menegaskan tidak ada proses white-washing dalam barisan pelakonnya serta perjalanan cerita akan berdasarkan pada siri manga, bukannya filem anime.

“I actually love the books. Love the movie, but I would not do a remake of the movie. I would do an adaptation of the books.  Asian teenagers would be the way to do it for me and probably no, not, like no name, I mean sort of unfound, untapped talent. Yeah, I’d probably want to take it a bit back more towards the books.” – Taika Waititi

Kenyataan pengarah terbabit menjelaskan bahawa beliau amat menitikberatkan keaslian filem Akira sekiranya beliau dipilih mengarahkan filem tersebut.

Peminat-peminat manga amat menitikberatkan bangsa seseorang pelakon yang membawakan watak-watak dalam mana-mana filem adaptasi manga. Sebelum ini beberapa filem telah dikritik teruk oleh peminat kerana pihak pengarah melakukan proses “whitewashing” dengan memberikan karakter utama kepada pelakon-pelakon kulit putih seperti yang mana berlaku pada filem Ghost in the Shell dan siri Netflix, Death Note. 

Akira merupakan siri manga popular yang diterbitkan dari tahun 1982 sehingga 1990. Ianya merupakan karya Katsuhiro Otomo dan pernah diterbit dalam bentuk filem anime pada tahun 1988.

Jadi kepada peminat-peminat manga dan Akira, adakah anda bersetuju jika Warner Bros. memilih Taika Waititi sebagai pengarah filem Akira?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here