Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah THE SUICIDE SQUAD Puji Prestasi Lakonan John Cena

Ahli gusti profesional John Cena telah meninggalkan WWE untuk memasuki dunia lakonan Hollywood, dan sementara prestasinya sebagai pelakon tidak mendapat sambutan memberangsangkan, pengarah James Gunn jelas peminatnya.

Ketika membalas ciapan peminat di Twitter mengenai karakter komik DC yang dipercayai akan dilakonkan Cena, Gunn menjelaskan bahawa, “Sedikit terlambat untuk cadangan memandangkan kami telah selesai menjalani penggambaran pada bulan Februari, namun terima kasih & anda pasti akan mengetahui betapa hebatnya John Cena dalam The Suicide Squad sebagai watak yang dimainkannya …”


Jelas sekali Gunn memuji prestasi lakonan Cena dalam The Suicide Squad arahannya.

Jika Gunn berjaya menaikkan nama Dave Bautista dalam filem Guardians of the Galaxy, tidak mustahil dia mampu melakukan pekara yang sama pada Cena.

Setakat ini tidak dipastikan apakah watak karakter DC yang akan dilakonkan Cena dalam filem The Suicide Squad, namun terdapat khabar angin yang mengatakan dia akan membawa watak Peacemaker.

The Suicide Squad telahpun selesai menjalani penggambaran pada penghujung Februari yang lalu, dan kini berada dalam fasa post-produksi. Filem terbaru Warner Bros. / DC ini akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment