Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pengarah “Squid Game” Dedah Plot Musim Kedua, Netflix Komen Kemungkinan Musim 3

Pengarah Squid Game Hwang Dong Hyuk dan Netflix telah mengulas mengenai perancangan mereka untuk musim akan datang siri hit itu.

Ketika ditemubual KBS baru-baru ini, Hwang Dong Hyuk telah berkata bahawa dia “kini sedang berbincang dengan Netflix untuk Musim 2 dan Musim 3 [Squid Game].”

“Saya rasa kami akan mencapai beberapa kata putus [untuk perbincangan kami] tidak lama lagi,” ujar pengarah itu. “Kami tahu bahawa ramai orang sedang menunggu, jadi semua orang bekerja keras untuk mempersiapkan musim depan dengan pandangan yang positif.”

Hwang Dong Hyuk juga mendedahkan plot utama untuk Musim 2. “Tumpuan [musim akan datang] adalah kisah [watak Lee Jung Jae] Seong Gi Hun yang mahu membongkar [misteri organisasi di sebalik permainan],” kongsinya. “Plot menyeluruh Musim 2 akan menjadi kisah orang yang Gi Hun jumpa dan orang yang dia kejar.”

Sementara itu, Netflix secara rasmi berkata mengenai kemungkinan musim ketiga Squid Game, dengan menjelaskan, “Memang benar bahawa kami membincangkan pelbagai kemungkinan untuk ‘Squid Game,’ termasuklah perancangan Musim 3, namun ianya masih belum diputuskan.”

Squid Game dicipta oleh penulis-pengarah Hwang Dong-Hyuk, yang terkenal dengan karya seperti The FortressMiss Granny, dan Silenced. Ia berpusat di sekitar sekumpulan 456 pemain yang kekurangan wang yang menerima jemputan aneh untuk bersaing dalam permainan kanak-kanak di pulau terpencil dengan harapan memenangi 456 bilion won. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya mengentahui bahawa hadiah itu datang dengan pertaruhan tinggi yang boleh membawa maut.

Siri ini diterajui pelakon hebat seperti Lee Jung-Jae (Along with the Gods), Park Hae-Soo (Prison Playbook), Wi Ha-Joon (Gonjiam: Haunted Asylum), Oh Young-Soo (God of War), Anupam Tripathi (Strangers From Hell), Heo Sung-Tae (Beyond Evil), Kim Joo-Ryoung (Andante), dan model Jung Ho-Yeon dalam penampilan sulungnya di TV.

Idea untuk projek itu telah dibangunkan sejak 2008, dengan Hwang pada mulanya membangunkannya sebagai sebuah filem. Walau bagaimanapun, disebabkan kisahnya yang rumit pada masa itu, dia gagal mendapatkan pelaburan dan pelakon untuknya. Disebabkan itu, dia tidak mempunyai pilihan selain mengenepikan projeknya itu selama sepuluh tahun.

Pada masa ini, Squid Game telah menjadi pelancaran siri asli terbesar Netflix sepanjang masa. Untuk empat minggu pertamanya, ia telah ditonton oleh 142 juta ahli isi rumah di seluruh dunia.

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment