Berita

Pengarah Spider-Man, Sam Raimi Bakal Arahkan Sekuel DOCTOR STRANGE 2?

Views

Bekas pengarah Spider-Man, Sam Raimi dilaporkan sedang dalam rundingan dengan Marvel Studios untuk mengarahkan filem sekuel Doctor Strange in the Multiverse of Madness.  Jika rundingan berjaya, Raimi akan menggantikan tempat Scott Derrickson yang meninggalkan projek sekuel tersebut disebabkan perbezaan idea kreatif.

Bagaimanapun, Derrickson dilaporkan masih kekal sebagai penerbit eksekutif.

Raimi dianggap sebagai salah satu daripada pengarah terhebat zaman filem komik moden. Dia merupakan pengarah trilogi Spider-Man yang asal, dimana ia dibintangi Tobey Maguire dan Kirsten Dunst, untuk Sony Pictures. Ketiga-tiga filem Spider-Man yang ditayangkan sekitar 2002-2007 berjaya mengumpul $2.5 billion dolar seluruh dunia (tidak diselaraskan mengikut inflasi).

Doctor Strange in the Multiverse of Madness menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali meneruskan wataknya sebagai Doctor Stephen Strange. Dia akan disertai Elizabeth Olsen yang memainkan peranan sebagai Scarlet Witch/Wanda Maximoff, serta beberapa dari pelakon filem pertama seperti Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, dan Benedict Wong.

Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi terdapat khabar angin yang menyatakan Nightmare bakal menjadi penjahat utama dalam filem akan datang.

Produksi dijangka bermula pada Mei ini dan akan menemui penonton pada 7 Mei 2021.

BACA:  Chris Pratt Samakan JURASSIC WORLD 3 Seperti Avengers: Endgame

Sumber: Variety

Tinggalkan Balasan

shares