Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Southbound Ketuai Projek Reboot HELLRAISER

Spyglass bakal menghasilkan semula filem seram legenda Hellraiser yang akan diarahkan pengarah filem seram indie terkenal, David Bruckner (Southbound, The Ritual), lapor portal Deadline.

Hellraiser merupakan filem seram yang berdasarkan novella The Hellbound Heart karya Clive Barker. Ia menceritakan kisah seorang lelaki yang membuka pintu ke dimensi lain yang mengakibatkan tubuhnya dihancurkan oleh Cenobites, makhluk dari Neraka yang memberikan kesenangan sadomasochistik kepada mereka yang memanggil mereka dengan penggunaan kotak teka-teki misteri. The Cenobites dipimpin oleh Pinhead, karakter utama francais yang bertindak sebagai antagonis utama dalam kesemua sembilan sekuel yang pernah dihasilkan.

Reboot terbaru ini akan ditulis oleh Ben Collins dan Luke Piotrowski berdasarkan cerita yang ditulis oleh David S. Goyer (Terminator: Dark Fate). Goyer akan bertindak selaku penerbit menerusi syarikat penerbitannya. Phantom Four bersama-sama Keith Levine.

Bruckner membuat debut menerusi filem sci-fi seram berjudul The Signal dimana filem tersebut dicalonkan dalam Independent Spirit John Cassavetes Award. Dia kemudiannya terus menyumbang dalam trilogi seram antologi, V/H/S, dan antologi terkenal Southbound serta filem thriller supernatural Netflix The Ritual.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment