Pengarah Siri “Mars” Nat Geo Akan Arahkan Filem Kelima “The Purge”

284
views

Penerbit dan pengarah siri televisyen Nat Geo Mars, Everardo Gout dilaporkan bakal mengarahkan filem kelima The Purge yang diterbitkan secara bersama oleh Blumhouse Productions, Platinum Dunes dan Universal Pictures.

Menurut laporan dari Varietypencipta francais “The Purge”, James DeMonaco, yang mengarahkan tiga filem awal The Purge, akan turut kembali menulis skrip terbaru itu nanti.

Seperti filem-filem terdahulu, siri terbaru itu nanti akan memberi fokus kepada tempoh 12 jam dimana perlakuan jenayah adalah dibenarkan, namun butiran plot lain masih belum didedahkan kepada umum.

Jason Blum, DeMonaco dan Sebastien K. Lemercier serta pemilik Platinum Dunes iaitu Michael Bay, Brad Fuller dan Adrew Form akan bertindak selaku penerbit.

Francais ini telah dikembangkan menerusi siri televisyen dimana The Purge musim kedua akan mula bersiaran pada September tahun ini. Studio Universal telah menetapkan tarikh tayangan filem kelima ini pada 10 Julai tahun hadapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here