Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Salahkan Will Smith Atas Kegagalan Sekuel Independence Day: Resurgence

Filem Independence Day yang diterbitkan pada 1996 merupakan antara filem sains fiksyen yang sukses baik dari segi komersial dan kritik. Namun filem sekuel Independence Day: Resurgence (2016) tidak bernasib baik selepas gagal meraih kutipan yang diharapkan dan telah dikritik dengan teruk.

Ketika ditemubual wartawan Yahoo Movies baru-baru ini, pengarah Roland Emmerich telah mendedahkan punca kegagalan Resurgence, dengan menyalahkan filem Suicide Squad. 

“Saya hanya mahu membuat filem seperti yang pertama,”

“Tetapi semasa dipertengahan produksi, Will [Smith] memilih untuk keluar kerana dia ingin terlibat dengan Suicide Squad”

Komitmen pelakon tersebut untuk membawa watak Deadshot dalam filem Suicide Squad telah menyebabkan Emerich terpaksa merangka kembali skrip Resurgence dan membuat keputusan untuk memberi fokus Dylan Hiller, anak kepada karakter Captain Steven Hiller lakonan Will Smith.

Emmerich juga meluahkan rasa kesal dan menyalahkan diri sendiri kerana menghasilkan filem sekuel Independence Day. 

Independence Day: Resurgence telah dikritik dengan teruk oleh para pengkritik filem dan peminat, serta gagal di pentas box office selepas hanya mampu meraih $389.7 juta dolar seluruh dunia. Kesan dari itu, francais Independence Day telah ditamatkan.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment