Pengarah Sahkan Sekuel The Shining, ‘Doctor Sleep’ Diklasifikasikan Sebagai ‘R-Rated’

287
views

Pengarah filem Doctor SleepMike Flanagan mengesahkan bahawa filem arahannya itu telah diberi klasfikasi ‘R-Rated’ oleh Persatuan Wayang Gambar Amerika (MPAA). Pekara tersebut didedahkan menerusi laman Twitter rasmi miliknya.

Filem ini adalah sekuel kepada filem The Shinning arahan Stanley Kubrick adaptasi dari novel berjudul sama karya Stephen King yang juga merupakan sekuel novel The Shinning. 

Doctor Sleep menyambung kisah Danny Torrance, selepas 40 tahun mengalami pengalaman menakutkan semasa menginap di Overlook Hotel sepertimana yang diceritakan dalam filem The Shinning.

Ewan McGregor akan memainkan peranan sebagai Danny Torrance, dan dia turut disertai pelakon Rebecca Ferguson, Kyliegh Currran, Carl Lumbly, Zahn McClarnon, Emily Alyn Lind, Bruce Greenwood, Jocelin Donahue, Alex Essoe dan Cliff Curtis.

Skrip filem ditulis oleh Mike Flanagan sendiri berdasarkan novel Stephen King manakala Trevor Macy dan Jon Berg bertindak selaku penerbit. Warner Bros. Pictures akan mengedarkan filem ini ke seluruh dunia.

Doctor Sleep akan ditayangkan pada 30 Oktober 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here