Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Sahkan Sambungan Filem Pusaka

Kejayaan meraih RM13 juta sepanjang tempoh tayangannya telah mencerahkan peluang untuk peminat menyaksikan kesinambungan filem seram Pusaka. Menurut laporan dari laman Kopiplanet, pengarah Razaisyam Rasyid telah mendedahkan perancangan untuk menghasilkan sekuel filem berkenaan.

“Apa yang boleh saya katakan filem Pusaka akan ada sambungan. Persetujuan secara verbal bersama pihak penebit juga sudah dibuat dan kini ia masih dalam proses pembangunan skrip.

“Untuk jalan ceritanya pula, ia adalah kesinambungan kepada filem yang pertama dan mungkin akan mengekalkan sebahagian besar pelakon asal,” ujarnya.

Razaisyam berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton drama berjudul Sembilan yang berlangsung di MBO The Starling Mall baru-baru ini.

Sementara itu, Razaisyam mengakui dia agak terkejut dengan penerimaan penonton terhadap filem arahannya sehingga mendapat kutipan yang cukup memberangsangkan. Ujarnya, pendekatan berbeza yang dilakukan untuk filem berkenaan dilihat antara menjadi faktor utama Pusaka dapat menarik minat penonton ke pawagam.

“Untuk filem ini ia agak berbeza dengan filem-filem seram lain apabila saya menggabungkan elemen seram dan penyiasatan bagi menghasilkan sebuah jalan cerita yang menarik.

“Bagaimanapun, saya juga tidak menafikan populariti barisan pelakon utama dalam filem Pusaka juga turut memainkan peranan yang penting,” ujarnya

Pusaka mengisahkan tentang Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.

Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Pusaka dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein.

Related posts

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

Leave a Comment