Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Sahkan Filem Terbaru “Face/Off” Adalah Sekuel, Bukan Remake

Pengarah dan penulis Adam Wingard mengesahkan bahawa projek terbaru Paramount Pictures, Face/Off adalah sebuah filem sekuel, bukannya remake seperti yang dilaporkan media.Pekara tersebut didedahkan menerusi perkongsian di laman Instagram.

“Saya TIDAK AKAN membuat semula Face/Off. Ia adalah filem aksi yang sempurna. Saya dan Simon Barrett sedang menulis SEKUEL langsung!” 


Sekuel ini akan diarahkan oleh Wingard, yang turut menulis skrip dengan rakan kolaborasinya Simon Barrett. Mereka berdua pernah bekerjasama dalam beberapa filem seperti Blair Witch (2016), The Guest (2014), You’re Next (2011) dan A Horrible Way to Die (2010.

Neal H. Moritz bertindak sebagai penerbit bagi pihak Paramount Pictures, manakala penerbit filem asal, David Permut akan menjadi penerbit eksekutif. 

Dilancarkan pada tahun 1997 dan diarahkan oleh John Woo berdasarkan skrip dari Mike Werb (The Mask) dan Michael Colleary (Lara Croft: Tomb Raider), filem pertama dibintangi John Travolta sebagai ejen FBI Sean Archer dan Nicolas Cage sebagai pengganas bebas dan sosiopat Castor Troy.

Dihasilkan dengan modal sebanyak $80 juta dolar, Face/Off berjaya meraih $245 juta dolar seluruh dunia (bersamaan $391.65 juta pada tahun ini), dan mendapat respon positif dari para pengkritik dan penonton.

 

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X

Kakimuvee

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Leave a Comment